Radio Melayu Perth

Current track

Title

Artist


Pengarah Teknikal

VJ Foz berasal dari Shah Alam dan sudah berada di Perth sejak tahun 2001 ketika melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Curtin University. Selepas tamat pengajian, beliau bertugas sebagai dalam bidang IT di sebuah pusat komputer sebelum memegang jawatan sebagai Network Controller dengan sebuah syarikat jaringan GPS terkemuka sehingga 2018. Kini beliau merupakan Pengarah untuk syarikat Makan Angin Perth, sebuah syarikat perlancongan dan RMPLIVE, syarikat yang perkhidmatan 'livestream' dan sewaan sistem PA di majlis-majlis. Beliau juga Presiden kepada Persatuan Melayu Australia Barat (MAWA) dan bergiat aktif dengan program-program berkaitan dengan masyarakat Melayu dan pelajar Malaysia sekitar Perth. Beliau adalah Penerbit, Penyampai dan Pengarah Teknikal untuk Radio Melayu Perth. Beliau adalah pemegang ijazah sarjana dalam E-Commerce dari Curtin University dan ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran dari UiTM. Beliau tinggal di Bateman bersama isteri dan seorang anak.