History
Sejarah Radio Melayu
Selama lebih 30 tahun, Radio Melayu Perth (RMP) telah berkumandang sebagai satu-satunya siaran radio berbahasa Melayu di Australia Barat.
Radio Melayu Perth adalah hasil pengorbanan dan penah lelah Allahyarham Haji Dubney bersama anak perempuan beliau, Hajjah Juti dengan siaran pertamanya pada 9 Disember 1990.
Hajjah Juti dilahirkan di Pulau Cocos dan kemudian berpindah ke Pulau Krismas (kedua-dua pulau adalah dibawah jajahan kerajaan Australia). Minat beliau pada dalam bidang penyiaran tercapai pada tahun 1972 ketika Hajjah Juti memulakan tugas sebagai juruhebah di VLU2-FM Christmas Island Radio. Beliau bersama suami, Haji Osman Ali kemudiannya berhijrah ke Perth pada tahun 1978.
Pada tahu 1989, kerajaan Australia mengeluarkan lesen penyiaran untuk komuniti etnik disamping pemberian dana sebanyak AUD3.4 juta yang menyokong kegiatan berbilang bangsa di Australia. Ini bermakna penduduk minoriti etnik Perth termasuklah masyarakat Melayu, berpeluang untuk menubuhkan program radio dalam bahasa ibunda masing-masing. Multicultural Radio and Television Association of Western Australia (MRTA) kemudianya ditubuhkan untuk merealisasikan peluang ini.
Sebagai anak Melayu yang sedar akan pentingnya bahasa dan budaya Melayu di Perth diperkenalkan menerusi radio, Allahyarham Haji Dubney dan Hajjah Juti sudah tentunya tidak melepaskan peluang ini. Mereka mengatur langkah dengan menyertai MRTA sebagai mewakili masyarakat Melayu Perth dan seterunnya menjurus pada penubuhan program radio yang dinamakan Radio Melayu Perth.
adalah dua individu yang bertanggungjawab menubuhkan Radio Melayu Perth kepada masyarakat Melayu Perth.